Monday 30 November 2009

Selamat Hari Raya Aidiladha

Patrick, my friend from my uni. once asked me about the story behind Eid al-Adha. He said that he read about the Nabi Ibrahim story in his al-Quran, of course with German translations.

Ohhh dulu Nabi Ibrahim dapat perintah ..................so on and so on. sekarang untuk ingat peristiwa penting tersebut, kiteorg celebrate Hari Raya Kurban. Patrick,ko nak makan nasi minyak lauk daging? hehe aku x reti buat, nanti kau singgah rumah aku kat Malaysia kalau nak.

Then die tanye, kenapa Nabi Ibrahim dapat perintah macam tu? Ohh sebab nak uji keimanan die kepada tuhan, last-last die just sembelih kambing.

Die tanye lagi, "kenapa x uji keimanan nabi ibrahim cara lain?"

ohhh Mann.

p/s - Pasni aku kene lebih banyak dengar lagu Raihan. Patrick, x jadi la aku nak belanja nasi minyak lauk daging kat ko. hehe kidding.

Wednesday 25 November 2009

Arigato Gozaimas

Oitt keje, boleh x kau buat diri sendiri? Aku tengok je....tup..tup..kau dah siap.

Aku makan biskut dan minum air mineral sambil tgk kau buat diri-sendiri.

Pliss...la....aku malas nk buat kau.

Kau kan computer, computer kan bijak, ade microchip, processor, ade internet lagi, kenapa kau x bleh buat diri sendiri? X de alasan lagi.

Kalau kau cakap x cukup motivation, sini aku kasik kau motivation free

(baik x aku? kalau kau masuk kem Dato' Fadzilah Kamsah, dah beratus dah yuran pendaftaran shj)

X ingat ke lagu piala thomas dulu2 ?

"Jika kau fikirkan kau boleh.......(kau boleh),
Kau hampir boleh melakukan,
Jika kau fikirkan ragu-ragu,
Usahamu tidak menentu"

Friday 20 November 2009

up-to-date

aku nk update, tpi x de masa, so aku update jgk:

"updateeee"

Step has a big problem now, and i'm helping him, i ll tell you guys about it.

Sunday 15 November 2009

Ein gesundes Vorurteil erspart das Nachdenken.

The germans have a quote, it goes like this : Ein gesundes Vorurteil erspart das Nachdenken.

Loosely translated : a healthy prejudice spares the thinking.

I couldn't find the exact same quote in english, so i just made up that one.

What the quote tries to say is that, it is good, when you have a good prejudice against someone, a group of people, or a race. For examples when you say that:

1) all south Koreans are cute
2) Asians are good at math
3) Jews have "big wallet"
4) Italians make good pizza.


But in some cases, prejudice is always bad. Here is one example:

I was walking through an underground tunnel at the train station after getting back from a journey by train, and there were like hundreds of people using the tunnel during the same time. At the main entrance, there were 3 fully uniformed special policemen, standing still and watching the crowd.

Walking right behind me was a couple, presumably from a middle east country . The guy has short beard while his wife wears "tudung", and they are totally well dressed. From a distance, you could notice, that one of the policemen has already fixed his eyes on that couple.

Then he suspiciously walked towards that couple, stopped them, wished "Guten Abend" and pulled them off for further questioning. And everybody in that tunnel turn their heads, as though expecting to see the policeaman hand cuffs the couple to succesfully stop another terroris attack. Bluh!

Benda-benda macam ni x best.

Boleh tak kalau aku nak ada prejudice jugak, macam aku nak cakap kat org.sini...."ohhh aku mula-mula dulu takut nak study kat germany, sebab aku ingatkan semua org.ger masih lagi berfikiran macam N*zi, mengamalkan pembersihan etnik, letak org J*ws dalam gas-chamber"

"semua org.ger kejam kan, sebab beberapa tahun dulu dieorg puja seorang ditektor nama H****r.

Ataupon prejudice macam, "laaa ingatkan semua orang Somali* tu kerja lanun"

p/s - tak kot
p/s - korg x yah la ada ape-ape impressions lepas baca ni, ni small-case je, org.ger ok.

Wednesday 11 November 2009

I regain my hope in humanity

Satu hari tu aku tertinggal henset dlm train, sampai opis bru aku perasan henset ku sayang takde dalam poket.

Aku pecut patah balik pegi bahnhof (train-station), tapi brader tu cakap, die x leh buat ape-ape, then die kasik je no tepon syarikat keretapi.......

Kluar dari pejabat brader jaga bahnhof tu, aku dah give up dah,,,,train dah blah bersama henset aku, aku tengok rail yang kosong tu.....

"tcuss 300 euro, have a safe journey"

Aku call pejabat train, dengan sedikit harapan.

Petang tu aku dapat email :



Translation :

Dear passenger,

Your mobile phone grey HTC S730 was returned to our customer"s service office. You can collect it from us on monday-friday from 9.00 to 16.00.

And after this please be careful, what were you thinking leaving your phone on the seat like that? your phone is so cool and i might read your sms ( you don't mind right? hehe), or auction your phone on ebay, or maybe give it to santa claus this coming christmas (do you believe that santa exists? i don't mean the fat guy with red suits in supermarket).

with warm regards,

customer's service office


p/s - oooh ye yang tulisan biru tu aku tambah-tambah je, bagi cool sket email kakak tu.
p/s - thanks kepada org. bahn, gua caya sama lu

Tuesday 10 November 2009

Malaysia kat mana?

Ko datang dari mana? Malaysia ke, Malaysia tu kat mane......?



Seni itu indah...............beauty lies in the eyes of the beholder

Friday 6 November 2009

Dewa-Hadapi dengan senyuman

Hadapi dengan senyuman,
semua yang terjadi biar terjadi
Hadapi, dengan tenang jiwa
semua, kan baik-baik saja

Bila ketetapan tuhan,
sudah ditetapkan, tetaplah sudah,
Tak ada, yang bisa merubah,
dan takkan, bisa merubah

Rela, kanlah saja ini
bahwa semua, yang terbaik
Terbaik untuk kita semua,
menyerahlah untuk menang



lagu yang baik lagi best drpd Dewa.
Be strong!

Wednesday 4 November 2009

Kisah Syafiq Nordin

(seperti yang diceritakan kepada penulis oleh saudara Syafiq Nordin)

Syafiq Nordin berkerja di sebuah syarikat yang canggih, setiap pekerja menerima id card yang digunakan untuk membuka pintu masuk department. Pintu masuk tersebut tidak memerlukan kunci, sebaliknya dilengkapi dengan sebuah card-detector.

Apabila hendak memasuki department, setiap pekerja hanya perlu meletakkan id card tersebut dihadapan card-detector, dan card-detector yang dilengkapi dengan high-tech laser itu akan membaca code pada id-card dan apabila disahkan betul, card-detector itu akan membuka pintu masuk department. (Uni encik Syafiq Nordin pon pki technology yang sama).

Setiap hari selama beberapa bulan Syafiq Nordin menggunakan kemudahan ini dengan lancar, pintu sentiasa terbuka.

Satu pagi yang cemerlang, seperti biasa Syafiq Nordin sampai ke office beberapa minit lambat, dan lantas mengeluarkan id card untuk membuka pintu department.

Beberapa saat berlalu.

Pintu dept. tidak terbuka seperti biasa, Syafiq Nordin menjadi hairan, Syafiq Nordin melihat persekitaran, "Ya betul, ini department tempat aku kerja" kata Syafiq Nordin, "Aku tak salah tempat". Syafiq Nordin menjadi cuak, adakah Syafiq Nordin sudah dibuang kerja, ataupon digantung kerja kerana selalu rehat sampai lebih masa? Mustahil, sebab baru semalam Syafiq Nordin mendapat assignment yg baru drpd bossnya.

Id-card masih dihadapan card-detector namum pintu enggan terbuka seperti biasa.

Beberapa minit berlalu di pagi yang cemerlang itu.

Pintu masih enggan terbuka. Syafiq Nordin double-check id cardnya, "Ya betul, ini id card yang boss kasik awal2 kerja dulu", maknanya card sudah betul, kot-kot la Syafiq Nordin tertukar id cardnya dgn ic malaysia, card insurance, card bank ataupon card credit Visa/Mastercard. Semua kad pon same size..............

Encik Syafiq Nordin dalam keadaan hairan.

Id card betul, department betul, pintu betul, masa masuk berkerja lambat sikit, tiba-tiba mata Syafiq Nordin terpandang card-detector tersebut.

Oohhhhhhhh........Ohhhhhhhhhh.......No.

Segala kesimpulan terjawab, encik Syafiq Nordin tersenyum simpul.

Kecik molek, putih bersih, berbentuk empat segi suiz lampu tangga ditepi pintu department itu. Kenapakah id card encik Syafiq Nordin berada dihadapan suiz lampu tangga, dan bukannya dihadapan card-detector?

Rupa-rupanya sasaran encik Syafiq Nordin pada pagi itu tersasar beberapa inci kebawah. Encik Nordin cuba membuka pintu deparment dengan menggunakan suiz lampu tangga, yg terletak beberapa inci dibawah card detector.

Encik Syafiq Nordin tergelak didalam hati, "Sampai petang lusa pon tak terbukak" kata encik Syafiq Nordin. Dia lantas menggunakan mata kanan sebagai side mirror kanan dan mata kiri sebagai side mirror kiri, untuk check surroundings. Terdapatkah rakan-rakan sekerja lain yang menjadi saksi kejadian itu? Kalau ada, mungkin mereka sedang menutup mulut menahan gelak ketawa, melihat gelagat encik Syafiq Nordin.

Nasib encik Syafiq Nordin baik, line clear dan xde orang nampak. Fuhhhhhhh.

Encik Syafiq Nordin dengan pantas meletakkan id card dihadapan card detector dan pintu department terbuka seperti biasa.

Dengan semangat 1Malaysia, encik Syafiq Nordin melangkah masuk ke dalam department dan mengucapkan "Guten Morgen" kepada rakan sekerja yang lain.

Tuesday 3 November 2009

Movie: Orphan (2009)

"We'll live forever knowing together,
That we did it all for the glory of love"
-Lagu feveret Esther, tajuknye The glory of love.

Ladies and Gentle-Man :

"There's something wrong with Esther"

Trailer

Rating aku : 8,7 / 10
Rating IMDb : 7.2 / 10
Brape kali dah tengok : 1..........(worth watching for 2nd and 3rd time)

Sinopsis:
Movie mengenai seorang anak yatim piatu dari Russia, Esther, yang menetap di satu rumah anak yatim kat USA. Satu couple yang bermasalah melawat rumah anak yatim tersebut lantas berkenalan dengan Esther dan bercadang mengambil Esther sebagai anak angkat mereka, kerana sikap Esther yang kelihatan lebih matured berbanding kanak-kanak yang lain.

"Well i guess, i am just different" kata Esther ketika berbual dengan couple tersebut.

Esther bukan sahaja berbeza, tapi dia juga mempunyai banyak perangai aneh yang menyebabkan dia jadi "bahan" kat sekolah baru dan abang angkatnya yang tak senang dengan Esther.

Masalah mulai timbul dalam family angkat dan kes jenayah aneh mula menyelubungi keluarga itu dan jiran tetangga mereka, kerana Esther sebenarnya bukanlah kanak-kanak normal. Esther adalah..................ups tak nak bagi spoiler.

Antara part yang aku suka:
1) First time Esther main kat playground
Eshter diejek oleh rakan sekelas di sekolah barunya. Ketika bermain di playground, Eshter
bermain Hide and Seek dengan rakan sekelas tersebut."watak" sebenar Esther mula kelihatan, apabila permainan Hide and Seek itu berakhir dengan kejadian-yang-tidak-diingini.

2) Scene kat rumah-atas-pokok
Esther nak hukum abang angkat dia yang penyibuk.

3) Esther manipulate mak angkat
Ayah angkat termakan tipu helah Esther, sehingga ayah angkat bergaduh dengan wife sendiri.

Kenapa aku suka movie ini:
Very-psycho, seorang kanak-kanak perempuan memegang watak jahat lagi bijak. Setiap kali buat benda-tak-baik, Esther pandai cover line, tapi kantoi juga diakhir movie.

Aku rekemen/empfehlen movie ni:
Yes, kepada peminat movie thriller.

Kalau suka Orphan & nak tengok movie macam ni lagi:
1) Hide and Seek
- Lakonan Dakota Fanning yang sangat berbakat.Satu lagi movie pyscho melibatkan kanak-kanak. Tapi ending yang kurang memuaskan dan agak meleret.

2) El orfanato (the orphanage)
- Movie dari Spain/Mexico, lepas tengok movie ni, korg akan jadi cuak setiap kali ada orang ketuk pintu bilik ataupon setiap kali korg tengok budak pakai topeng.

3) The others
- Aku x tengok lagi, sape nak tengok movie ni, sila buat jemputan kepada aku.

Komen penonton untuk movie Orphan :
"I saw this movie on halloween and i thought it was a bad ass, esther is the best"
2013ful - commented on Youtube

"great movie!! "want to play?.....maybe later.."
elevenAD - commented on Youtube

"She's an evil little cunt!"

"this movie is fuckin awesome!!!"

"I just finished watching it, sooooooooooooooo sooooooooooooooo scary, she is creepy"

"................................................" ruangan kosong ini untuk anda

Sunday 1 November 2009

What's so special about ML?

Lukisan apa paling feymes dalam dunia?

Neng : Saya tahu cikgu, jawapan dia Mona Lisa

Betul Neng, jawapan anda betul.....(baguh mu ni, skoloh mane dulu?)

Lukisan itu sangatlah feymes sampai aku sanggup spent 9 euro kat louvre hanya untuk tengok lukisan itu dengan mata kepala aku sendiri. Walhal tengok dalam internet ataupon buku lukisan pon same.

Banyak misteri nusantara yang berselindung disebalik lukisan yang dilukis oleh Leonardo da Vinci itu.......

Apa yang misterinya wahai saudara Neng?

Hahh......

Senyuman dia....cuba korang senyum.......

The famous Mona Lisa's smile (",)

Sebenarnya apa yang special pada Mona Lisa adalah senyuman dia. Da Vinci melukis senyuman Mona Lisa dengan hebat, perspective senyuman tersebut, dan cara senyumannya.

Yang paling feymes adalah :
1) Mona Lisa senyum dengan bibir yang lurus. Senyuman Mona Lisa dilakukan dengan bibir tertutpúp rapat dan maintain straight.

Yang lain-lain feymes :
2) Jika anda tutup sebelah muka Mona Lisa, die akan kelihatan seperti sedang bersedih, tapi jika anda tutup yang sebelah lagi, dia kelihatan seperti sedang gembira.
3) Tiada siapa tahu siapakah Mona Lisa, adakah dia seorang isteri raja Italy, ataupon kekasih Da Vinci, ataupon dia adalah Da Vinci versi perempuan a.k.a mak nyah
4) Da Vinci mengambil masa beberapa tahun untuk siapkan lukisan itu, pastu dia simpan lukisan tu kat Florence, sebelum membawanya ke France.

Jadi kalau anda ke paris dan melawat louvre, jangan lepaskan peluang untuk tengok Mona Lisa dan senyumannya. Dan pastikan anda tahu kenapa lukisan Mona Lisa feymes.....

p/s - ketika menulis ini, ade orang offer ayam kfc
p/s - siapakah Neng? Neng juga adalah misteri, tapi senyuman Neng x semisteri senyuman Mona Lisa.