Wednesday 28 October 2009

Pretty Ugly - Diari Seorang Lelaki

Pernah dengar lagu Diari Seorang Lelaki dari band Pretty Ugly beberapa tahun lepas? Mcm best je, jadi sempena lagu tu aku nak tulis diari sikit:


10.14pm / 28.10.2009
my room

kamuuuuu kamooooo kamuuuuu.......(hahahahaha)............skrng penat gila, i ngan Step bru je balik dri rumah kawan i. Kiteorg actually pegi angkut barang tadi, dah lame dah barang i tersadai kat rumah dia. Alang2 singgah tu, kawan i pon ajak la i ngn step makan sekali.

Step banyak gila belajar benda baru tadi. Makan duduk atas lantai, makan pakai tangan, rase masakan kawan i yang sedap, Step pon first time makan ayam paprik.

I tergelak tengok Step makan pakai tangan tadi, nak suap nasi dari pinggan ke dalam mulut die bukan main susah. Boleh lak nasi jatuh celah2 jari dia on the way dri pinggan smpi ke mulut. Kesian Step duduk atas lantai tadi, kebas kaki dia, x biasa ekkk Step? I peduli apa, yang penting I dapat makan 2 pinggan nasi. Tapi Step pon cakap ayam paprik tu sedap, actually sangat sedap.

Kiteorang pon sakit badan hari ni, angkat kotak2 yang banyak, nasib baik ada susu dalam peti ais kiteorang, dapat kuatkan balik tulang2 kiteorg dan mengurangkan risiko osteoporosis. Sekarang rumah kiteorg dah makin lengkap, jadi berbaloi la kiteorg bersusah-payah pindah randah.

Entah kenapa I teringin makan meggi sekarang, mungkin sumone dah mengigatkan I kepada meggi, alangkah bestnye meggi ayam/kari bercampurkan telur, dimakan bersama air orange juice, sambil tengok cartoon spongebob squarepants.......I dilamun mimpi indah.

Ouhhhh O2 buat hal malam ni, kenapa tiada line, nak kata I x bayar bil, I pakai prepaid je. I nak hantar sms, nak call pon susah. I tak suka la macam ni, nak activate hotlink la, ataupon digi. Tapi maya karin suruh pakai celcom. xpe lah mane-mane same je.

Ehhhh ok la you guys, I dah nk tido, dah ngantok dah ni.


Tuesday 27 October 2009

EPL : Liverpool - Man Utd (2-0)

Apa nak dikata lagi................2 goals drpd Fernando Torres dan David Ngog berjaya menewaskan Man Utd, juara EPL 3 seasons berturut-turut.

Torres sangatlah power, walaupon separuh fit, dan di-inject dgn ubat penahan sakit sebelum game, masih lagi mampu meledakkan satu goal.

Lebih power lagi gaya Torres ketika meraikan goal.......cool Torres.....super-sempoi:


Ibarat pantun drpd Karam Singh Walia "harapkan pagar, pagar makan padi"....ermmm....tak sesuai....kita try sekali lagi.

Ibarat pantun drpd Karam Singh Walia "jangan diusik harimau yang cedera", Liverpool yng dah kalah 4 games sebelum ni, dikutuk ramai pihak, manager yng under pressure, dan politik dalaman yang bergolak, mesti menghasilkan satu result yng boleh tutup mulut pengkritik dan mengembalikan self-esteem dlm bilik persalinan.

Ibarat pantun drpd Karam Singh Walia "pucuk dicita, ulam mendatang", kemenangan datang pada waktu yang tepat. Midfield Liverpool berjaya mengekang midfield Man Utd, menghasilkan cubaan bahaya, dan menamatkan game dengan 3 mata penuh.

Reina - always reliable

Carragher - We are lucky to have a defender, who would die to defend the ball.

Agger - Good performance, membina "tembok China" bersama Carra dihadapan pintu goal
Liverpool.

Insua - Asset yang baik, masih muda, ada potensi menjadi LB yng digeruni di EPL.

Johnson - Had a quiet game by his standard, job done.

Lucas - best game of his career, tapi suka kasik foul depan kotak penalti, dah la
Liverpool lemah sket bab defend set-piece ni.

Mascherano - Monster Masch, mengcontrol midfield dengan macho, tapi agak bodoh kerana
free2 dpt card merah. Monster Masch, control your temper.

Aurelio - Beberapa kali cubaan berbahaya menerusi free kick dan header. Cemerlang diposisi
tengah.

Kuyt - Menjadi seksi lepas jersey original nyer dikoyakkan oleh Berbatov, sgt hardworking,
masih agak tumpul dihadapan goal.

Benayoun - Pass thru superb yang membantu Torres menyumbat goal, currently one of my
favourite Liverpool player, control ball yang bagus.

Torres - his armband proved he was a red torres, torres,
"you ll never walk alone" it said torres, torres

2 CB couldn't even handle a half fit Torres

Sunday 25 October 2009

Movie: Defiance (2008)

tet...tet...tet
Step : weh, asal ko tulis sms, citer ni tak best ke
Aku : xde la, nak ckp "hi" kat sumone je
Step : ouhhh
.
.
. 10 minit kendian
.
.gruuu gruuu ( perut Step bunyi )
.
.
....stengah jam kendian
.
.
Aku : zzzzzzzzz
.
.
.
well ladies and gentle-Man :

"Freedom begins with an act of defiance"

Trailer

Rating aku : 5 / 10
Rating IMDb : 7.3 / 10
Brape kali dah tgk : 0.85 kali ( tolak masa aku tidur tengah movie )

Sinopsis :

Citer pasal 4 orang beradik Jews (Sabretooth, James Bond, dan 2 org pelakon muda) di zaman WW2 dimana keluarga mereka telah dibunuh oleh tentera Nazi. Mereka pon lari dalam hutan untuk menyorok dan terjumpa pula pelarian2 Jews yang lain. Selaku Hero dlm citer ni, 4 org beradik tu ambik pelarian tersebut dibawah jagaan mereka dan memulakan penempatan tanpa izin didalam hutan. Lame2 semakin besar penempatan tanpa izin mereka dan 4 orang beradik tu memulakan misi balas dendam skala kecil ke atas Nazi.

Bila winter dekat, Sabretooth ngan James Bond tak sehaluan dan berpecah, bila Sabretooth nak join askar Soviet Poland, tapi James Bond nak stay dalam hutan bersama pelarian. Walaubagaimana pon, mereka still saling bantu-membantu.

Apakah kesudahan 4 orang beradik tu? Dapatkan mereka survive ancaman tentera Nazi yang dibantu oleh kereta kebal, jet pejuang dsb, manakala askar James Bond pakai senapang patah je? Saksikan sendiri.



Kenapa aku suka citer ni:


Step ajak tengok, aku tertidur sekali dua (best betul citer ni, smpi tertidur aku menengoknye).
Step kutuk2 Nazi.

Aku rekemen/empfehlen citer ni:

Ok jgk, sape yang minat citer perang WW2

Kalau suka Defiance, dan nak tengok citer macam ni lagi:

1) Little black book
(citer psl seorang wanita Jews kat Holland, lgi best dan disturbing)
2) Valkyrie (two thumbs up Tom Cruise! terer die berlakon)


Thursday 22 October 2009

[12SG] - Todesstrafe / Death penalty / Hukuman mati mandatory

Aku sekarang ada rumah baru, jadi hari ni nk citer pasal housemate yang baru. Dia very friendly dan bijaksana.Kiteorg slalu bincang pasal benda-benda yang serius dan merepek. Dari isu perang di Iraq, humans right, "kenapa bil. orang Ger semakin berkurang?", kartun southpark, "plan nak karamkan sebuah kapal perlancongan yang sarat dgn org. tua", long-distance relationship, family, future plan, Warcraft dan banyak lagi benda-benda yang lain.

Cakap dengan housemate aku tu, mari kita namakan dia Step, mmg mencabar, sebab die sangatlah capable untuk tanya soalan-soalan yang aneh. Lepas kenal dgn Step selama sebulan, mungkin markah IQ test aku di facebook dh meningkat sebanyak 1 ataupon 2 points berbanding dengan dulu.

Step bakal lawyer, die pon suka citer pasal law dan undang-undang atas dunia ni.

Satu hari Step berfalsafah : "aku x setuju dengan hukuman mati, aku rase tiada manusia pon yang layak menentukan ajal manusia yang lain"

( gulp!) i can clearly see where this conversation is going.

Step tanya pasal undang-undang kat Malaysia, well of course la x semua aku tahu, aku cakap kalau hukuman mati selalunya untuk orang yang jual dadah ataupon untuk pembunuh. Step citer kat Europe tiada hukuman mati, yang paling teruk pon penjara seumur hidup. Dia tanya aku apa pandangan aku pasal hukuman mati (Gulp!!!)...........crap ape aku nak jawab ni, well of course korg tahu ape stance aku dalam isu ni kan, tapi untuk explain kepada org yang begitu open-minded seperti Step, "memerlukan setitik dua peluh di dahi". Step memberikan pandangan beliau yang agak sinis.

Think jimmy neutron.....think.......

Tiba-tiba kes adik Nurul Huda di Johor pada tahun 2004 datang kat fikiran aku. Sampai hari ni aku masih sedih setiap kali teringat kes Nurul Huda. Manusia jenis ape tergamak buat benda yang x masuk akal macam tu.

Aku open story adik tu kat Step.

"Step dulu kat malaysia ada satu kes. Seorang budak umur sepuluh tahun jalan nak pergi beli barang, tapi hari tu nasib dia tak baik. Seorang guard pencawang elektrik telah colek dia, then guard tu dan 2 kawan dia yang lain telah.....................adik Nurul Huda yang begitu innocent. Last-last skali, mereka bunuh budak tu dan campak mayat dalam semak".

Sekarang Step, kita twist sikit citer adik tu.

Katakanlah.....

You ada seorang anak/adik perempuan yng sgt comel dan manja, you sayang die sepenuh hati, anak you tu penuh dgn potensi, pandai dalam kelas, rajin ikut cakap mak-ayah, bila besar dah ada cita-cita nak jadi engineer. You hantar dia ke sekolah, hantar die kelas mengaji, beri perhatian sepenuh hati.....you bela dia dari umur 1 jam sampailah dia membesar jadi your little princess.

Twist bermula : Satu hari nasib anak you x baik, mungkin hayat dia x lama atas dunia ni, dia terserempak dengan 3 orang Jackass dalam perjalanan beli lolypop, dan mereka telah................, lepas tu mereka bunuh anak you dengan kejam, pastu buang dalam tong sampah.

"Kalau you Step bapak budak tu, apa hukuman nak kasik 3 orang Jackass macam ni?"

Twist berakhir : Step nak 3 orang jackass tu dihukum mati, so sekarang, bila jadi kat anak orang lain, berbuih-buih mulut lawyer cakap hukuman mati tu tak adil, nak kasik chance berubah untuk penjenayah.bla bla bla dan bla

Penjenayah lepas buat tu habis la bab die, masuk penjara, kene rotan. Tapi cuba pikir perasaan keluarga mangsa, trauma tu x kan hilang sampai bila-bila, sebenarnya hukuman yang keluarga mangsa terima adalah jauh lebih teruk daripada hukuman yang diterima oleh penjenayah itu.

Hari ni, kes yang sama jadi lagi, jalan cerita, mangsa semua sama. yang beza tempat kejadian. Tahun 2004 jadi kat Johor, tahun ni 2009 jadi kat Florida, USA . Korang teka apa ayat pertama keluar dari mulut aunty mangsa setelah polis jumpa mayat budak tu.



Banyak-banyak bersabar aunty.....dan good night semua


Wednesday 21 October 2009

1 : 2

makhluk 1 : Pssssst.......
makhluk 2 : ape?
makhluk 1 : nak tahu satu rahsia x ?
makhluk 2 : rahsia ape ?
makhluk 1 : klu aku ckp nih, jgn ckp kat org lain tau
makhluk 2 : ok2 aku x kn citer kat org lain
(sambil buat pergerakkan tangan mengezip mulut sendiri)
makhluk 1 : promise ?
makhluk 2 : promise
makhluk 1 : promise.... i jump you jump
makhluk 2 : ok, you jump i jump
makhluk 1 : aku rase kan.....
makhluk 2 : ape ko rase ?
makhluk 1 : sabar, nak cakap la ni. Bitte warten Sie.
makhluk 2 : ohhh Entschuldigung.
makhluk 1 : so kita ckp pasal ape tadi?
makhluk 2 : pasal rahsia, ko ckp nk kasik tahu satu rahsia
makhluk 1 : bagus, saje je nak test ko kasik attention tak kat ape yang aku cakap.
makhluk 1 : aku rase la kan, tarikh semalam best.
makhluk 2 : tarikh smlm? knp ngn tarikh smlm, tarikh ulang tahun perkahwinan siti nurhaliza ke?
makhluk 1 : bukan laaa, tarikh smlm ape?
makhluk 2 : 20 Oktober 2009
makhluk 1 : cube sebut pki nombor
makhluk 2 : 20.10.09
makhluk 1 : kalau tahun depan pada hari yang sama?
makhluk 2 : 20.10.10
makhluk 1 : kalau seploh hari awal?
makhluk 2 : 10.10.10...........
(tergamam)
makhluk 1 : kan lawa tu kan.
makhluk 2 : haah la, siti nurhaliza kahwin ke tarikh tu?
makhluk 1 : ishhhh kau ni makhluk 2 , tak get over lagi ke, kita dah brape kali buat pillow talk pasal benda ni, siti nurhaliza tu orang lain yang punya. Kau dah TERLEPAS.
makhluk 2 : kot ye pon aku dah terlepas, tak yah la caps-lock kan perkataan terlepas tu, bertambah sedih and I tak suke, lagipun siti cakap die sayang semua peminat die,aku peminat dia, so secara tak langsung, die dah cakap : "Siti sayang makhluk 2", aku masih ada chance. Ehh makhluk 1, ko pernah dengar lagu "malam ini" tak?
makhluk 1 : pernah. Best la lagu tu.
makhluk 2 : best kan. Ko lapar tak, jom makan mee bandung, aku tahu satu restoren best.
makhluk 1 : lapar, ok jommmm.

makhluk 1 has signed out.
makhluk 2 has signed out.

Sunday 18 October 2009

Me angry

Setelah masuk ke wohnung baru ni 5 hari yang lepas, aku x expect pula yang aku akn share bilik aku ni dgn 6 makhluk yg tolol.

Bunyi mcm rmi kan, tpi bilik baru tersebut sbnrnya cukup untuk memuatkn kami ber-7 . Size bilik bukan menjadi masalah sekarang, yang menjadi masalah adalah mereka ber-6. Sini aku citerkan kpd korg kisah kebongokkan 6 roomates ku yg baru.

Kami mula-mula jumpa waktu aku mula pindah masuk ke rumah mereka. Mereka berenam dh memang lame duduk dalam bilik itu.......(aku tengah berapi ketika menulis nih grrrrr)......jadi bile aku selaku budak baru pergi dan senyum kepada mereka. Mereka x senyum balik, just pandang balik muka aku. Xpe lah mungkin mereka penat sbb aku sampai pon dah dekat pukul 10 malam.

Beberapa hari yang panas berlalu.....

Mereka masih enggan bercakap dgn aku sampai saat ini. Aku bukannya nak sangat berkawan dgn mereka, since kiteorg dh duduk satu bilik, eloklah klu atleast kiteorg bertegur sape kan. It is totally not functioning. Mereka setiap kali aku balik, asyik buat muka "derk" dan membuat pergerakkan mulut yang aneh. Mula-mula aku tahan je, tapi lame2 rase panas pula.

Korang ni x dengar ke iklan dalam radio...bukannya kene bayar pon kalau senyum!!!!


Aku slalu try-try fit in ngn group korg, dtng dekat nak try bersembang, tapi korang buat x layan. Ape hina sangatkah aku untuk join korg??? huuuh

"Hina sangatkah aku pada pandangan keluargamuuu,
Hingga sewenang tomahan dilemparkan"

ehhh ternyanyi lagu Kau Dipaksa Aku Terpaksa-Scan pula.....dari mood 90s aku balik ke mood volcano.


Hari ni, aku amik langkah drastic untuk mencuba menjernihkan hubungan aku ngn korang, aku buat baik bawakkn makanan untuk korg. Tapi ade korg terima kasih??? tiada....Korang terus sambar makanan tuhh....ok thats it. Pasni jgn harap aku nak buat baik ngn korg lagi.

Ape aku nak buat pasni :

Masuk bilik, x pandang muka korg, letak beg dan sangkut jacke, pastu terus bukak laptop tengok citer ataupon pegi masak kat dapur terus.

Ingat aku main2? tak nmpk ke tulisan merah aku kat atas tu dan aku dh boldkn "mood volcano" . No turning back now, after this if we are ever to have any healthy relationship as roomates whatsoever, it has to come from your side. Me??? i'm done. Blah!

P/S - Sekarang korang boleh buat ape saje yang korang suka dalam aquarium korang tuh. And yes i hope you guys get to read this, plus i find it funny when sometime bubbles coming out of your little mouth everytime you guys open it.

P/S - I wonder, aren't you guys tired of 24 hours swimming?



Friday 16 October 2009

Malaria

Cuba korg tgk gambar di bawah, aku pon dh lame dh x tgk gmbr2 sel ni semenjak buku rujukan pelangi biologi spm x lgi aku perlukan. (sorry cg.bio, sy x score subjek cikgu, time spm tu soklan spot x kluar)
Sbnrnye gmbr ni kluar bile korg google "Malaria", iaitu sejenis penyakit yg dibawa oleh nyamuk
Anopheles.
Camne Malaria Berjangkit?
Bile nyamuk ni gigit org yg dh dijangkitit Malaria, pastu nyamuk tu rase lapo lgi dan terliur nk rase darah korg lak, nyamuk tu selain minum free darah korg, die sbnrnye bawak skali parasite yg akn menyebabkn korg dijangkiti Malaria.
Bila parasite ni dh masuk dlm badan korg, die akn pergi ke hati, die akn camping kat situ dan bilangan dieorg akn bertambah, lepas 2 minggu camtu, askar-askar dieorg yng dah rmi akn masuk dalam saluran darah dan attack sel darah merah korg ( tgk gmbr di atas ).
Ape symptons-symptons Malaria :
1) pening-pening
2) sesak nafas
3) demam
4) rasa nak muntah
5) koma
6) Maut
Japp knp aku citer psl penyakit ni :
a) adekah pengaruh tgk citer House ataupon Greys anatomy?
-Salah: citer House dh lame aku x tgk, Grey anatomy x pernah tgk (best x citer tuh????)
b) repeat subjek Bio
-pon salah, yang sudah tu sudah laa.
c) aku nk ngorat student medic
-pon salah 100%
Sbnrnye bile je aku ckp aku dari Malaysia dgn org-org Ger ni, tgh2 sembang tu akan timbul soalan : "Kat negara you banyak Malaria kn"
1st time :
Tgh tunggu bas
Pakcik umur 93 tahun dtng kat aku nk bersembang. Bla Bla Bla....... ape rahsia pak cik dh tua-tua pon masih segar? Kenapa awak dtg Germany? Kat Malaysia bnyk pokok kelapa ke? Pak cik nih x pernah travel luar europe? kat mesia banyak Malaria kn?
tu soalan dri aku dan dari pakcik, tpi dah macam game soal-menyoal dlm spontan je.
2nd time:
Sembang ngn pakcik Lab
"Saya suke pegi Nepal sbb dpt tgk tasik ngn gunung"...."Malaysia x pernah pegi lagi, kat mesia banyak Malaria kn?"
3rd time:
Sembang ngn Housemate baru
"Ehh you tahu x, syam ckp kt Malaysia x bnyk Malaria la, I ingtkn banyak"
- Tu die sembang ngn kawan die kat India.
Aku x leh blah klu org ckp Mesia bnyk Malaria, sbb setahu aku, mmg x banyk. Jadi aku pon mencari maklumat psl Malaria kat Internet. Sebab ckp mulut saje org x percaya, so aku akan buktikan kat Malaysia x bnyk Malaria.
Aku google : "Malaria case in Malaysia"
1- In 1990 fartality rate for Malaria cases was 0.09%
2- Pada tahun 2007 : kes Malaria hanya 2000 shj drpd hampir 30 juta penduduk + pelancong : 0,06%
3- bilangan kes Malria di Malaysia turun dgn mendadak drpd hampir 250 000 kes pada tahun 1961 ke 2000 kes pada 2007. 2000 kes drpd 30 juta penduduk. Sikit la tu, org sakit demam ngn selsema lgi ramai drpd tu.
Kiteorg punye Health System not bad, "Pakcik pegi Nepal tu entah macam2 penyakit lagi ada", lgpon kat Malysia ada Ridsect, kelambu, Shieldtox Attack, ubat nyamuk linkar warna hijau dsb. Buat penat je Malik Nor berkempen iklan Shiledtox Attack dlm tv, klu kes Malaria masih lgi bnyk kat Msia.
p/s - mungkin aku masih memerlukn buku rujukan biologi spm ku?.......mungkin tidak

Monday 12 October 2009

Ich habe keine Ahnung

Anda ade lagu yng dirasai best x skrg?

Lagu ni aku first time dgr lebih kurang bulan 4 2008, maknenye 1 tahun 6 bulan lepas. Mase tu penyanyi die x feymes lagi, setakat nyanyi underground je. Tapi skrng dah feymes, sebut je nama dia ramai org yg tahu.

Bulan 4 2008:
Aku surf internet, stenderd la, buhsan x tahu nk buat ape malam2. Nur Kasih mase tu pon xde lagi kat tv3.com.my...... ,(skrg dh ade pon aku x tgk jgk lgi).

Bukak youtube.
Kebetulan kawan aku yg kawan kpd penyanyi tu, die upload satu video kat youtube. Video tu ambik pki henset je, x nmpk ape2 pon sbb gelap sgt, just dgr suara sumone menyanyi & nmpk bayang kepala.

Tapi lagu tu sedap....pandai die nyanyi + compose lagu tu....aku tinggalkan comment kat video tu:

"akan ku dgr lagu ini mase backpacking di paris nnt"

Aku tipu....aku x dgr pon kat paris sbb lagu tu raw lagi, xde dlm format mp3 mahupon dlm cd.
Balik Paris aku pon dh lupe lagu tu.

Bulan 10 2009:

Penyanyi tu dh lame dah feymes, bru-bru ni aku baru teringat yg aku pernah suka satu lagu dia.

Bukak youtube...search :
Haa dh ade yg HQ nyer version....lawalah...die dh recordkn balik lagu tu. Best. Skrng dah suka balik lagu tu.

Anda pon mesti tgh buhsan kan sekarang? macam aku bulan 4 tahun 2008 dulu. Tapi skrng dah ade Nur Kasih kat TV3.com.my, aku dulu xde.

Sekarang aku nk kongsikn satu lagu bersama anda, tapi ini bukan lagu yang aku suka tu. Ini lagu lain. Ini lagu yang kawan aku suka. Asyik puji-puji je lagu tu. Dia tanya pendapat aku macam mane nk buat satu move dlm lagu ni, tpi aku x reti. Aku reti tgk je.

Tapi sekarang aku xreti lagi mcm mane nk letak video kat blogspot, so aku buat macam ni je.

Wednesday 7 October 2009

Board Game : Die Siedler von Catan ( Winner of GAme Of The Year Award )



Korg pernah main boardgame x? APE X PERNAH ?? klu x pernah sila ikuti langkah ini :

1- Gengamkan kelima-lima jari anda ( Buat penumbuk )/( Tangan kanan @ kiri egal )

2- Tegakkan jari telunjuk anda dgn lurus ( dr tangan yg buat penumbuk tadi )

3- Angkat ibu jari anda sebanyak 90 degree drpd jari telunjuk yg ditegakkan tadi

4- Sekarang letakkn tangan anda tersebut ke dahi anda sendiri.

5- Cakap dgn kuat dan bangga : “saya adalah Loser


Ini adalah contoh2 board game:

1) Chess

2) Dam Haji

3) Dam Ular

4) Saidina

5) Monopoly

6) Scrabble

7) Binggo


Dan bebaru ini, senang citer cuti sem yang lepas, kiteorg diperkenalkn kepada board game yang baru oleh saudari P, iaitu Die Siedler von Catan


Board game ni aku x pernah main kat mesia dan maybe lebih feymes kat Doshlan ni.

Ehhh alih topik kejap, yang x pernah main board game tadi, boleh la jatuhkan balik tangan anda daripada dahi anda tu, x yahh la buat lame2, segan laa orang keliling tengok Hahahaha.


Ok Back tu topic. So camne nak buat review game Siedler nih.

1) Boleh dimain oleh 2 – 6 players

2) Sape yang dapat 10 points first, die adalah pemenang.

3) Boleh di samakan dengan Saidina / Monoploy

4) Instead of Duit, matawang Siedler ade 5 : brick, lumber, wool, grain, dan ore


Macam-mana nak dapat 10 Point??

Klu korg dh tertanye soalan ni, anda memang orang yang kurang penyabar, rules pon x tahu lagi, dah pikir nk menang.


Basically board die akan disusun secara random.
Board terdiri daripada :

Rumput ( hijau muda ) – mewakili wool ( bulu biri-biri )

Gandum ( kuning ) – mewakili grain ( gandum )

Batu ( Kelabu ) – mewakili ore ( batu )

Tanah ( coklat ) – mewakili brick ( kepala batu )

Hutan ( hijau gelap ) – mewakili lumber ( balak )

Padang pasir ( Kuning terang ) – boleh letak secara random ( rule encik K ) @

kene letak tengah2 board ( rule saudari P ) ,

pilih sendiri mane nk ikut, asalkan anda bahagia.


Setiap board akan dapat satu nombr ( 1 sampai 12 , kecuali no 7 ) dan nombor ni akan disusun secara random.

Setiap board berbentuk hexagon ye tuan-tuan dan puan-puan sekalian, anda akan letak Siedlung ataupon Stadt antara celah-celah board tersebut.

Jadi camne nk dapatkan resource cards (brick, lumber, wool, grain, dan ore) ?????
Setiap org akan ambik turn untuk pusing 2 dadu, contoh saudari L pusing dadu dapat no 3, jadi setiap player yang ada Siedlung atau Stadt kat board yang bernombor 3 akan dapat resource card yg diwakili oleh board berkenaan. Klu x paham, aku kasik contoh :

Saudari A ada Stadt kat board Rumput, yang ade no 3. Jadi lepas saudari L pusing dadu tadi, saudari A akan dapat 2 resource cards wool. Jadi ngn resource cards tersebut beliau bolehlah membina yang berkenaan ataupon buat entwicklung.


Setiap binaan dan entwicklung ade harga die, mane ade benda free skrg nih:
Straße : 1 brick + 1 lumber

Siedlung : 1 lumber + 1 grain + 1 brick + 1 wool

Stadt : 2 grain + 3 ore

Entwicklung : 1 grain + 1 ore + 1 wool


Setiap benda ada point dia :
Siedlung = 1 point

Stadt = 2 point

längste Straße = 2 points

größte Rittermacht = 2 points


Entwicklung tu joker : ikut nasib anda dapat ape, kadang2 dapat 1 punkt, kadang2 dapat 2 jalan free, kadang2 dapat ritter ( dapat alihkan pencuri ), kadang2 dapat monoply ( dapat monoply resource card player lain )

Jadi korg kene lah bijak dalam menggunakan card resource yang ada, strategi : untuk dapatkn 10 point mendahului player yg lain.

Anda juga boleh trade resource card anda ngn player lain, membina Stadt/Siedlung pada port, mencuba bina jalan terpanjang, dan bermacam-macam lagi tektik yg lain.

First time main aku pakai taktik tagteam , iaitu aku main tapi decision saudari I yang buat, menang jugak aku wlupon first time main. Saudari P ckp "first timer luck" , aku cakap taktik mestilah betul., tgk la aku tagteam ngn sape.


p/s - Jadi korang bolehlah mencuba bermain board-game ni untuk mengisi masa lapang anda, merapatkan freundschaft, menguji kebaikkan hati kawan-kawan, dan byk lagi paedah-paedah yang lain.... selamat mencuba.
p/s - jgn mengade-ngade nk pki taktik tagteam aku, pegi google sendiri taktik2 yg lain. kidding =)

Monday 5 October 2009

Teka Meneka

Aku ade satu teka-teki :

10 ekor burung sedang terbang, tiba-tiba berdentum guruh dengan kuat. 6 ekor burung terus terbang tanpa masaalah, namun 4 ekor burung telah jatuh ke bumi.

Soalannya: Kenapa 4 ekor burung itu jatuh kebumi?

OK ape jawapan dia…? Pikir dulu. Aku dah tahu jawapan die, tapi sementara korang pikir-pikir jawapan dia, aku nak main teka-teki yang lain.

Setelah masuk minggu ke-4 , aku akhirnya sampai juga ke 2 episode terakhir series korea My Girl. Semalam aku cek, ade lagi 2 episode nak habiskan dan satu episode special. Jadi sekarang sebelum aku tengok ending die balik kerja nnt, aku nk try teka dulu.

Situasi sekarang :

Kim Seo-hyun dah kantoikan kat grandfather yang Yoo Rin tu cucu dia yang palsu dan grandfather dah pon jumpa cucu die yang sebenar. Kim Seo-Hyun yang kecewa sbb kene reject ngan Seol Gong-chan, pegi ke London utk join satu tennis championship. Dan Seo Jung-woo, yang kecewa kene reject berkali-kali ngan Yoo Rin, nak improve diri die dan sambung blajar kat US utk jadi orang yang bertanggung-jawab untuk memikat hari Yoo Rin.

Ape jadi kat watak utama :

Yoo Rin ngn Seol Gong-chan bru je start nak bercinta, tapi selepas dikantoikan oleh Kim Seo-Hyun. Cinta mereka dihalang oleh Grandfather. Grandfather halau Yoo Rin tanpa pengetahuan Seol Gong-Chan, dan Yoo Rin pn yg kecewa mencapai angka 10 membawa ayah die keluar dari Korea. Dan Seol Gong-Chan yang kecewa habis teruskan hidup + masih merajuk ngn Grandfather terus mencari Yoo Rin selama 2 tahun.

Itu lah yang jadi setakat aku layan semalam, sape x tgk series ni, kompem x paham, in that case, x dapek den nk menolongnye. Menurut kate sumone yang dh tgk citer ni, ending citer nih sedih. Tapi x kan Yoo Rin ngn Seol Gong-Chan x jumpe2 smpi ke tua kot, klu ending die mcm tuh, aku nk kasik award “ worst ending ever“ untuk My Girl, tahniah2. Tapi aku x rase ending die macam tuh, ape-ape pon Hero ngn Heroin akan bersatu last-last, typical citer korea, melainkan klu salah sorg mati, tuh xleh nk buat ape laaa.

So my guess for the endings are :

Blues clues:

1) Ending die sedih

2) Hero ngn Heroin akan jumpa balik ( typical ending )

Persoalan : Apa yang sedih ?

Jawapan aku:

1 ) Mule-mule aku ingat Yoo Rin tu betul2 sepupu Seol Gong-Chan, klu mcm tuh,

kesian lerr hero-heroin. X leh nak bercinta. Bujang terlajak laa dua-dua.Tapi

ending nih dah salah.

2) Hero jumpa Heroin balik, Semua org merestui perhubungan mereka termasuk

Grandfather, last-last kahwin. ( tpi nih x sedih )

3) Heroin kahwin ngn kawan Hero, Seol Gong-Chan, Hero pon terpaksa merestui jgk.

( nih sedih untuk Hero sorg je ).

4) Dua-dua x jumpa smpi ke sudah ( worst ending ever ). Tapi untuk meng-sweet-kan

citer, Hero dan Heroin masih mencari antara satu sama lain, sampai ke tua.

5) Japppp….die x tunjuk lgi sepupu yang betul sape, mane tahu cun giler, smpi

meleleh air liur Hero tgk, dan suke terus.

( Nih sedih untuk Heroin dan Kim Seo-Hyun shj ).

Kejap Hero x leh couple ngn sepupu die, so tolak ending nih. Es macht kein Sinn.

6) Grandfather mati, pastu Hero ngn Heroin nk respect last wish Grandfather tuh,

mereka x bersama juga. ( LAME )

ape lagi ending yang munasabah untuk citer korea nihh. Sementara tuh korang dh tahu x jawapan untuk teka-teki burung aku kat atas tuh?

Aku sámbung meneka :

7) Hero akn jumpe balik Heroin, setel semua masalah, tapi hati Heroin dah x

suka kat Hero. Heroin baik hati dan rase bersalah dan nk respect Grandfathter

punye pesanan ( citer x habis macam nih, baik x yah ending )

Ok dah. Itu je yang aku boleh pikir. Jadi balik kerja hari nih, aku nk tgk ending die mcm mane dan teka-teki burung korang aku kasik tahun depan laa jawapan die.HAHA FUNNY3X.

Jawapan teka-teki burung :

4 ekor burung yang jatuh ke bumi tuh, tutup telinga dieorg bile guruh berdentum.

Friday 2 October 2009

Midautumn Something



TT : “Noch fünf Minutennnn……..“
S : allrite

TT menjerit kt aku sambil membuat action tangan menyuruh aku berlari ( mule2 aku ingat die sengaja lambai kat aku ). Sebenarnye lgi 5 minit train kami nak jalan, dgn “kami“ aku maksudkan aku, In, Youn, dan TT ( semuanye bkn name sebenar ), kami ber-4 ade aktiviti makan bersama malam tu.

In dan TT bercadang untuk masak dinner skali malam tu sambil menjemput aku dan Youn. Youn dan TT yg dtng dri China celebrate pesta bulan ??? , ataupun Midautumn , waktu dimana full moon terjadi pada hari tu ( 1.10.09 ). Mereka citer kalau kat rumah, keluarga akan makan besar beramai-ramai, lps tu difollow ngn aktivit seperti karok, keluar jalan2 ataupon main game beramai2.

Aku sempat x kejar train…?

Selepas TT kasik signal, aku pon lari cepat2, dlm 300 meter camtu. Sampai bahnhof 3 minit sblm train jalan. Kami pon bertolak ke tmpt kami tinggal, plan nyer :

1 – Balik sekali ( padahal mmg slalu balik skali ) , dalam train bincang nak beli apa
2 – Sampai , TT balik rumah jap ambik secret ingredient spt ajinamoto China mari, kicap 1 ,
kicap 2, tomato dan satu dessert.
3 – Aku, Youn ngan In pegi Lidl beli bahan sket, pastu tunggu TT selaku ketua chef kat
rumah In.

Sampai rumah In.

Semua plan berjalan lancar, kecuali TT yg verspätung sket sbb die lupe bawak kunci rumah dan kene tunggu housemate die yg lain. Lepas TT smpi rumah In aktiviti masak pon bermula.
Menu malam tu ade 4, bla bla blaa, smua dalam bahasa cina, aku x reti nk sebut.

TT ngn Youn “mengerjakan“ dapur In dgn hebatnya. In bantu2 sket aka Penyibuk 1 sambil mengambik gambar. Aku kene lekat kat dapur aka Penyibuk 2 sbb nk tgk camne penyediaan makanan. Salah satu menu malam tu melibatkan pengunaan pinky piggy, jadi aku request TT buat satu yg vegetarisch utk aku. “ ok no problem, das ist für dich ( sambil goreng noodle aku ) , wie viel noodle isst du? “.

Berasap-asap dapur TT dan Youn kerjakan, imagine la klu nk sediakan menu Asia, mmg banyak melibatkan asap, bau-bau yang kuat, pengunaan perisa, minyak terpercik kluar kuali. In yg dtg dari Russia struggle habis nk stay dlm dapur tu, berkerut-kerut muka tahan bau.

Lepas 1 jam, semua pon siap, In ngan Youn dah half drunken dah lepas belasah beer 2-3 gelas, aku ngn TT stay clean. Kami hidang makanan dan cheers utk TT dan Youn yg celebrate hari perayaan hari mereka hari tu.

Makan…..sedapp….

Menu 1 : ala-ala mee goreng, x pakai lada, broccoli
Menu 2 : Goreng telur + Goreng tomato masak skali
Menu 3 : Kentang + paprika + lada kering + lach goreng skali pki minyak sikit
Menu 4 : Dessert ape ntah nama, inti red bean disalut dgn nasi mampat

Semua pon sedapp….sambil makan sembang…..
Kami tukar2 citer, compare culture, kutuk org Ger sket, aku belasah 2 pinggan full, TT makan paling sikit dsb.

Selepas semua berakhir, kami balik rumah masing2, Youn ngn In tinggal dekat2. Aku kene naik bus dan TT tinggal sebelah busstop.

Aku ngn TT jalan skali , sambil tu die tanya :

TT : “was machst due?“ sambil buat action tgn ( byk betul action tgn TT )

Huuh…ouhhhh die tanya pasal aku sembahyang tdi rupenye. Sebelum makan besar tadi, aku smbhyang maghrib jap, dieorg tgk aku turun naik –turun naik tu, hairan gamaknye.

“to bring luck ??“…….TT tanye lagi. “zum teil auch“ aku jawab “part of it“. Supaya kiteorg x lupe tuhan , exercise body, lagipun sembahyang tu peranan besar dlm agama kami. Luck? Rezeki, ajal, maut, jodoh pertemuaan semua ketentuan tuhan. Macam quote dalam citer Slumdog Millionaire………..it is written.

TUHANN ?“ terkejut TT, “saya xde tuhan, keluarga saye x percaya tuhan“. Ouhh ye ke TT.