Greco Zimmerman,
Rumah no. 4,
Taman Permai Indah.
__________________________________________________
CEO MTV Germany,
Köln @ Berlin
Tuan/Puan,
Masalah Berhubung Video Yang Pihak Tuan Pasang
dengan ini saya nak complain pasal salah satu video yang encik pasang di channel MTV encik setiap pagi. Video tersebut adalah video ini. Saya berhadapan masalah setiap kali encik tayangkan lagu ini.
Setiap pagi setelah bangun, saya selalunya akan busy dengan aktiviti berikut :
1) Gosok gigi
2) shave
3) Menyapu sandwich untuk lunch saya
4) Shower dan aktiviti lain-lain berkaitan bau wangi
5) Prepare untuk ke tempat kerja
Tetapi saya berhadapan masalah untuk meneruskan aktiviti diatas setiap kali video tersebut muncul di tv saya kerana penyanyi tersebut boleh tahan cute dan nyanyian beliau best, saya yakin mana-mana lelaki pon (spt David Beckham, Orlando Bloom, Brad Pitt mahupun Rosyam Nor) boleh cair apabila menonton video tersebut.
Penyanyi itu juga secara tidak langsung menganggu konsentrasi saya semasa melakukan aktiviti diatas. Ini sangatlah bahaya encik, sebab sepanjang aktiviti tersebut saya terdedah dengan bahan kimia dan objek tajam.
Untuk pengetahuan encik, setiap kali video itu ditayangkan, saya akan berhenti drpd sebarang aktiviti dan akan duduk 4 meter drpd kaca tv saya untuk mengahayati lagu tersebut dan penyanyinya skali. Untuk memahami perasaan saya dan lelaki-lelaki lain, cuba encik tengok sendiri video tersebut dan tumpukan perhatian encik setiap kali penyanyi tersebut cakap "But darling, you are the only exception.........." dan kemudian die senyum. Encik tengok lah sendiri video tu! Kalau encik cakap encik x rasa apa-apa, saya cadangkan encik buat appointment dengan pakar sakit puan terdekat dgn rumah encik sekarang juga. Itu untuk kebaikkan encik.
Saya juga telah disahkan menghidap penyakit allergic kepada perempuan cantik, dengan ini saya pon meminta encik menghentikan video lagu Satellite oleh Lena Meyer Landrut dan video lagu WC oleh Shakira, lagu WC tu x sedap mana pon encik, tapi Shakira dalam video tu................ .Walaubagaimanapun encik boleh teruskan pasang lagu "Waving the flag" oleh K'nan, saya x menghadapi sebarang masalah langsung sepanjang lagu itu. Saya rasa kan encik, K'nan tu macam justin timberlake version Africa. Hahahaha.
Saya telah cuba untuk menipu diri saya dengan berkata, "Alahhhh Nora Danish pon lagi lawa drpd Hayley tu, setakat rambut merah boleh arr". Tapi usaha ini masih gagal. Encik, untuk tipu orang lain, itu perkara mudah, tapi nak tipu diri sendiri. Sigh.
Dengan ini berakhirlah sudah surat saya, cuba encik letak diri encik dalam situasi saya.
Mit freundlichen Grüßen,
Greco Zimmerman
No comments:
Post a Comment