(seperti yang diceritakan kepada penulis oleh saudara Syafiq Nordin)
Syafiq Nordin berkerja di sebuah syarikat yang canggih, setiap pekerja menerima id card yang digunakan untuk membuka pintu masuk department. Pintu masuk tersebut tidak memerlukan kunci, sebaliknya dilengkapi dengan sebuah card-detector.
Apabila hendak memasuki department, setiap pekerja hanya perlu meletakkan id card tersebut dihadapan card-detector, dan card-detector yang dilengkapi dengan high-tech laser itu akan membaca code pada id-card dan apabila disahkan betul, card-detector itu akan membuka pintu masuk department. (Uni encik Syafiq Nordin pon pki technology yang sama).
Setiap hari selama beberapa bulan Syafiq Nordin menggunakan kemudahan ini dengan lancar, pintu sentiasa terbuka.
Satu pagi yang cemerlang, seperti biasa Syafiq Nordin sampai ke office beberapa minit lambat, dan lantas mengeluarkan id card untuk membuka pintu department.
Beberapa saat berlalu.
Pintu dept. tidak terbuka seperti biasa, Syafiq Nordin menjadi hairan, Syafiq Nordin melihat persekitaran, "Ya betul, ini department tempat aku kerja" kata Syafiq Nordin, "Aku tak salah tempat". Syafiq Nordin menjadi cuak, adakah Syafiq Nordin sudah dibuang kerja, ataupon digantung kerja kerana selalu rehat sampai lebih masa? Mustahil, sebab baru semalam Syafiq Nordin mendapat assignment yg baru drpd bossnya.
Id-card masih dihadapan card-detector namum pintu enggan terbuka seperti biasa.
Beberapa minit berlalu di pagi yang cemerlang itu.
Pintu masih enggan terbuka. Syafiq Nordin double-check id cardnya, "Ya betul, ini id card yang boss kasik awal2 kerja dulu", maknanya card sudah betul, kot-kot la Syafiq Nordin tertukar id cardnya dgn ic malaysia, card insurance, card bank ataupon card credit Visa/Mastercard. Semua kad pon same size..............
Encik Syafiq Nordin dalam keadaan hairan.
Id card betul, department betul, pintu betul, masa masuk berkerja lambat sikit, tiba-tiba mata Syafiq Nordin terpandang card-detector tersebut.
Oohhhhhhhh........Ohhhhhhhhhh.......No.
Segala kesimpulan terjawab, encik Syafiq Nordin tersenyum simpul.
Kecik molek, putih bersih, berbentuk empat segi suiz lampu tangga ditepi pintu department itu. Kenapakah id card encik Syafiq Nordin berada dihadapan suiz lampu tangga, dan bukannya dihadapan card-detector?
Rupa-rupanya sasaran encik Syafiq Nordin pada pagi itu tersasar beberapa inci kebawah. Encik Nordin cuba membuka pintu deparment dengan menggunakan suiz lampu tangga, yg terletak beberapa inci dibawah card detector.
Encik Syafiq Nordin tergelak didalam hati, "Sampai petang lusa pon tak terbukak" kata encik Syafiq Nordin. Dia lantas menggunakan mata kanan sebagai side mirror kanan dan mata kiri sebagai side mirror kiri, untuk check surroundings. Terdapatkah rakan-rakan sekerja lain yang menjadi saksi kejadian itu? Kalau ada, mungkin mereka sedang menutup mulut menahan gelak ketawa, melihat gelagat encik Syafiq Nordin.
Nasib encik Syafiq Nordin baik, line clear dan xde orang nampak. Fuhhhhhhh.
Encik Syafiq Nordin dengan pantas meletakkan id card dihadapan card detector dan pintu department terbuka seperti biasa.
Dengan semangat 1Malaysia, encik Syafiq Nordin melangkah masuk ke dalam department dan mengucapkan "Guten Morgen" kepada rakan sekerja yang lain.
No comments:
Post a Comment