Aku mahu share sikit pasal kerja aku.
Dunia sekarang bergantung 100% pada tenaga. Cuba satu hari dunia kita tiada sumber tenaga? macam mana kereta mahu jalan? mcm mane nk charge smartphone Galaxy note SII? nak kerja x boleh tiada elektrik? boleh kata kehidupan manusia moden akan terhenti kalau tiada tenaga.
Tenaga ada banyak puncanya, matahari, minyak dan gas, angin, ombak, tenaga mekanikal, elektrik, nuklear, bla bla bla. Kerja aku terlibat dalam sumber tenaga minyak dan gas.
Antara sumber tenaga yang paling berharga dan penting untuk manusia sejagat sekarang.
Minyak dan gas yang kita pakai ni telah wujud berjuta2 tahun dulu, jauh dalam tanah dan batu, hasil daripada fossil2 dan kehidupan laut yang termendap di dasar laut. Jadi sekarang sumber tenaga ini berada beribu2 kaki di bawah tanah.
Untuk mendapatkanya, kita perlulah mengorek atau drilling. Bila kita sudah drilling kita akan dapat bawa sumber tenaga tersebut ke permukaan. Jadi lubang yang kita drill ini kita panggil telaga minyak/gas. Kadang2 telaga minyak ada problem, penghasilan pasir, telaga minyak tersumbat, minyak/gas tidak mengalir, ataupon production tidak di tahap baik. Jadi apa yang aku akan buat adalah pump chemical @ fluid2 treatment lain yang akan improve productivity telaga minyak. Ada orang panggil well stimulation, ada orang panggil productiion enhancement, aku? I call it my job.
No comments:
Post a Comment