Thursday, 22 October 2009

[12SG] - Todesstrafe / Death penalty / Hukuman mati mandatory

Aku sekarang ada rumah baru, jadi hari ni nk citer pasal housemate yang baru. Dia very friendly dan bijaksana.Kiteorg slalu bincang pasal benda-benda yang serius dan merepek. Dari isu perang di Iraq, humans right, "kenapa bil. orang Ger semakin berkurang?", kartun southpark, "plan nak karamkan sebuah kapal perlancongan yang sarat dgn org. tua", long-distance relationship, family, future plan, Warcraft dan banyak lagi benda-benda yang lain.

Cakap dengan housemate aku tu, mari kita namakan dia Step, mmg mencabar, sebab die sangatlah capable untuk tanya soalan-soalan yang aneh. Lepas kenal dgn Step selama sebulan, mungkin markah IQ test aku di facebook dh meningkat sebanyak 1 ataupon 2 points berbanding dengan dulu.

Step bakal lawyer, die pon suka citer pasal law dan undang-undang atas dunia ni.

Satu hari Step berfalsafah : "aku x setuju dengan hukuman mati, aku rase tiada manusia pon yang layak menentukan ajal manusia yang lain"

( gulp!) i can clearly see where this conversation is going.

Step tanya pasal undang-undang kat Malaysia, well of course la x semua aku tahu, aku cakap kalau hukuman mati selalunya untuk orang yang jual dadah ataupon untuk pembunuh. Step citer kat Europe tiada hukuman mati, yang paling teruk pon penjara seumur hidup. Dia tanya aku apa pandangan aku pasal hukuman mati (Gulp!!!)...........crap ape aku nak jawab ni, well of course korg tahu ape stance aku dalam isu ni kan, tapi untuk explain kepada org yang begitu open-minded seperti Step, "memerlukan setitik dua peluh di dahi". Step memberikan pandangan beliau yang agak sinis.

Think jimmy neutron.....think.......

Tiba-tiba kes adik Nurul Huda di Johor pada tahun 2004 datang kat fikiran aku. Sampai hari ni aku masih sedih setiap kali teringat kes Nurul Huda. Manusia jenis ape tergamak buat benda yang x masuk akal macam tu.

Aku open story adik tu kat Step.

"Step dulu kat malaysia ada satu kes. Seorang budak umur sepuluh tahun jalan nak pergi beli barang, tapi hari tu nasib dia tak baik. Seorang guard pencawang elektrik telah colek dia, then guard tu dan 2 kawan dia yang lain telah.....................adik Nurul Huda yang begitu innocent. Last-last skali, mereka bunuh budak tu dan campak mayat dalam semak".

Sekarang Step, kita twist sikit citer adik tu.

Katakanlah.....

You ada seorang anak/adik perempuan yng sgt comel dan manja, you sayang die sepenuh hati, anak you tu penuh dgn potensi, pandai dalam kelas, rajin ikut cakap mak-ayah, bila besar dah ada cita-cita nak jadi engineer. You hantar dia ke sekolah, hantar die kelas mengaji, beri perhatian sepenuh hati.....you bela dia dari umur 1 jam sampailah dia membesar jadi your little princess.

Twist bermula : Satu hari nasib anak you x baik, mungkin hayat dia x lama atas dunia ni, dia terserempak dengan 3 orang Jackass dalam perjalanan beli lolypop, dan mereka telah................, lepas tu mereka bunuh anak you dengan kejam, pastu buang dalam tong sampah.

"Kalau you Step bapak budak tu, apa hukuman nak kasik 3 orang Jackass macam ni?"

Twist berakhir : Step nak 3 orang jackass tu dihukum mati, so sekarang, bila jadi kat anak orang lain, berbuih-buih mulut lawyer cakap hukuman mati tu tak adil, nak kasik chance berubah untuk penjenayah.bla bla bla dan bla

Penjenayah lepas buat tu habis la bab die, masuk penjara, kene rotan. Tapi cuba pikir perasaan keluarga mangsa, trauma tu x kan hilang sampai bila-bila, sebenarnya hukuman yang keluarga mangsa terima adalah jauh lebih teruk daripada hukuman yang diterima oleh penjenayah itu.

Hari ni, kes yang sama jadi lagi, jalan cerita, mangsa semua sama. yang beza tempat kejadian. Tahun 2004 jadi kat Johor, tahun ni 2009 jadi kat Florida, USA . Korang teka apa ayat pertama keluar dari mulut aunty mangsa setelah polis jumpa mayat budak tu.



Banyak-banyak bersabar aunty.....dan good night semua


2 comments:

  1. ngko punya twist tak best la. mana boleh hukum orang ikut dendam/personal. kalau aku kenal orang yg dibunuh, aku secara automatik tak boleh jadi hakim.

    ;-)

    mana elok bunuh2 orang. haha..

    ReplyDelete
  2. sape nak ambik ko jadi hakim, aku pon xnak. kih kih kih. gurau je beb

    mmg x elok bunuh2 org ni kan, klu la smua jackass atas dunia pikir mcm ko, kan senang.

    ReplyDelete